Jumaat, 5 Jun 2015

Novel amatur: Takdir Bercinta (Part 1)

Hai salam semua anak murid pak cik google :-)

Ini adalah gua punya first penulisan ala2 novel alaf 21. Btw thank because baca and tahniah sebab jumpa blog popular baq hang kerdil ini HAHAHA..

Ini semua adalah hasil idea aku sendiri dan anda dilarang meng copy paste tanpa kebenaran !

Enjoy your reading !



Pagi sabtu yang biasa dan udara pagi yang biasa. Terdengar sedikit keluhan kecil Farid Kamil(bukan nama sebenar) menunggu seseorang bersama kawan-kawan seangkatannya di depan Masjid Pekan Sungai Pelek, Sepang. Pak cik surat khabar yang baru sahaja  membuka pintu gerainya melihat dari jauh gelagat pemuda pemuda tersebut. Di sudut kecil hatinya tertanya tanya hendak ke manakah pemuda pemuda tersebut di awal pagi begini. Ke sekolah kah ? Tidak mungkin, sekolah apa yang buka pada hari sabtu sebegini? Tanya hatinya sendiri tanpa siapa pun mendengar apa yang terbuku di hati pak cik tua itu. Namun persoalan itu hanya beberapa ketika berlegar legar di hati orang tua itu. Pada pemikirannya apa yang nak di ambil kisah kan tentang pemuda pemuda itu. Nak kata saudara bukan, "ah dari aku fikirkan mereka baik aku fikirkan keuntungan yang akan aku dapat hari ini! " kata orang tua itu seorang diri..

Pagi itu Farid Kamil bersama dua lagi rakannya Yusry dan abam sedang menunggu kedatangan cikgu tuisyen rakyat  mereka di perkarangan masjid. Hari itu akan diadakan peperiksaan kecil di Masjid Bandar Baru Salak Tinggi bersama pelajar pelajar tuisyen rakyat di sana.

Farid Kamil: Agak agak awek awek tuisyen dekat sana nanti comel comel tak ?

Abam : Aku mana tau macam la aku yang jaga dorang dekat sana

Farid Kamil : Aku rasa mesti comel doh ! Rugi la nanti kalau tak ngorat.

Yusry : Ala Farid, tak yah nak perasan la. Muka kau tu dah la banyak jerawat awek mana lah yang nak kat kau !

Yusry, Abam : HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA (sambil menahan perut mereka dengan tangan)


Ketika sesi kutuk mengutuk itu sedang berjalan. Terdengar deruan bunyi kereta Produa Kelisa berhenti tepat di hadapan mereka bertiga. Cermin tingkap di turunkan, terlihat lah kelibat seorang lelaki dalam lingkungan 30 an sambil mengusap misainya yang ala ala Datuk K suami kepada penyanyi tersohor negara, Dato Siti Nurhaliza. Ini lah lelaki yang ditunggu tunggu oleh Farid Kamil dan rakan-rakannya sejak dari tadi, namanya ialah Cikgu Murad.

Cikgu Murad: Assalamualaikum semua maaf sebab lambat sikit, ada hal sikit.

Farid Kamil: Hehe..takpe cikgu..nasib baik cikgu datang kalau tak teruk saya kena kutuk dengan dorang( sambil menudingkan jarinya ke arah abam dan yusry)

Cikgu Murad: Ok cikgu minta maaf ye semua..cepat naik..kita dah lambat nak amek periksa ni..nanti kamu tertinggal pulak..tak sempat nak jawab nanti..


Farid Kamil dan rakan rakannya bergegas naik ke dalam kereta Perodua kecil itu. Oleh kerana Farid Kamil berbadan agak besar. Maka dapat lah dia duduk di tempat penumpang hadapan dan tidak perlu berhimpit dan berlaga bahu dengan Abam dan Yusry. Terlihat senyuman kecil di bibirnya kerana dapat memiliki tempat duduk VIP itu. Cikgu Murad agak hairan dengan perlakuan Farid Kamil itu namun tidak diendahkan kerana mereka sudah lewat untuk pergi ke tempat pepriksaan yang mengambil masa 30 minit untuk sampai ke sana dengan menaiki kereta. Dilihat jam jenama Casio di pergelangan tangannya, sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Peperiksaan akan bermula pada pukul 8.30 pagi. Tanpa berlengah Cikgu Murad terus memecut laju keretanya ke arah jalan raya kerana hendak mengejar masa . Bak kata pepatah melayu, masa itu emas. Emas itu kan begitu bernilai kecuali emas zhulian..(hati kecil Cikgu Murad berbicara...)

Cikgu Murad : "Kamu semua sudah bersedia kah untuk menjawab periksa tu nanti " tanyanya sinis.

Farid Kamil : Ala cikgu kita orang tak prepare apa pun cikgu. Konfom betol semua la.. kitorang kan pandai... Hahaha ( di ikuti dengan hilai tawa Abam dan Yusry )

Cikgu Murad : Eh kamu ni Farid Kamil, confident je cikgu tengok..hah nanti kalau tak dapat jawab jangan nak mengada pulak kelip kelip mata dekat cikgu..

Abam : ala cikgu..Farid Kamil tu bukannya nak pergi jawab exam pon cikgu..dia cuma nak tengok awek awek comel bbst(Bandar Baru Salak Tinggi) ja cikgu..nak buat bini katanya..tak gitu Farid ?? (sampuk abam diikuti dengan gelak tawa Yusry dan Farid Kamil. Cikgu Murad hanya tersenyum melihat kerenah anak didiknya itu bergurau senda pagi pagi buta itu )

Farid Kamil, Abam, dan Yusry adalah anak muridnya yang paling rajin mengikuti tuisyen rakyat percuma tajaan kerajaan Selangor di Masjid Pekan Sungai Pelek pada setiap pagi sabtu dan ahad. Pada awalnya ramai juga yang mengikuti tuisyen rakyat  itu tetapi jumlah pelajar saban minggu semakin berkurangan dek kerana merasakan tuisyen percuma itu tidak punyai kualiti dan amat membosankan lagi lagi hendak menghadap lawak lawak bodoh Farid Kamil dan rakan rakannya menceriakan setiap sesi tuisyen itu setiap hujung minggu.

 Lampu merah di persimpangan masuk Masjid Bandar Baru Salak Tinggi menyala menggantikan lampu hijau yang hampir 60 saat menghamburkan cahayanya. Cikgu Murad tersedar dari lamunannya. Terasa perjalanan begitu singkat. Mungkin kerana melayan kerenah anak anak didiknya sepanjang perjalanan hingga waktu 30 minit yang berlalu terasa bagai seketika dan ditambah pula dengan lamunannya sendiri mengenangkan kerajinan anak didiknya itu hadir ke kelas tuisyen pada setiap hujung minggu.

Kereta Perodua Kelisa Cikgu Murad perlahan membelok tajam dan masuk ke perkarangan Masjid Bandar Baru Salak Tinggi. Sesampai nya di hadapan perkarangan masjid, Cikgu Murad mengarahkan Farid Kamil, Yusry, dan Abam turun dahulu kerana peperiksaan sudah hendak dimulakan. Terkedek kedek mereka bertiga turun dari kereta dan langsung menuju ke dalam kawasan masjid. Di sebelah hadapan masjid ada beberapa bilik kuliah untuk mengajar pengajian agama di masjid tersebut. Farid Kamil dan rakan rakannya tercari cari di manakah bilik yang berlangsungnya sesi peperiksaan yang bakal mereka duduki. Akhirnya selepas puas berpusing pusing agak lama di kawasan masjid, Yusry menemukan bilik yang dimaksudkan yang tertera notis peperiksaan sedang dijalankan di hadapan pintunya.

Lantas dia memanggil manggil rakan rakannya, Farid Kamil dan Abam yang sedang kalut berlari lari anak mencari bilik peperiksaan. Terpampang wajah mereka yang stress tahap gaban kerana tidak berjumpa dengan bilik yang di cari. Mendengar panggilan Yusry, mereka berdua bergegas menuju ke arahnya lantas tanpa berfikir panjang terus masuk bilik yang berkenaan. Terlihat di dalam bilik empat lagi meja yang masih kosong yang sudah ditakdirkan untuk mereka duduki pada hari itu. Meja lain sudah di duduki oleh pelajar tuisyen dari kawasan berkenaan dan mereka tidak perasan akan kehadiran Farid Kamil dan rakan rakannya kerana sibuk menjawab soalan yang terdapat di kertas peperiksaan masing masing. Tanpa berlengah, Farid kamil, Yusry, dan Abam duduk di tempat masing masing dan mengeluarkan alat tulis, senjata yang kedua terpenting selepas otak semasa sesi peperiksaan.

Anak mata Farid Kamil tidak dapat duduk diam dan menjalar ke kiri dan kanan melihat calon peperiksaan yang lain. Hatinya agak kecewa kerana perkara yang diharapkannya tidak menjadi kenyataan. Niatnya untuk melihat awek awek comel hanya menjadi angan angan kerana kebanyakan calon peperiksaan yang ada di bilik tersebut tidak mempunyai gred kecomelan yang tinggi seperti yang diharapkannya.

"Ish kalau aku tau tak nak aku datang sini jawap periksa..duduk rumah lagi bagus ..!" dengus hati kecilnya.

Saat Farid Kamil hendak mula menulis jawapan di kertas peperiksaan Sejarah itu. Tiba-tiba pintu bilik di buka. Hati Farid Kamil tertanya tanya gerangan siapakah yang membuka pintu tersebut." Ah tak peduli lah, kalau awek pon mesti tak comel " dengusnya lagi dengan nada yang kecewa. Dia terus menjawab dengan laju soalan yang terpampang di kertas soalan kerana merasakan ia begitu mudah. Mana tak nya, di sekolah, Farid Kamil merupakan pelajar cemerlang mata pelajaran sejarah dan sering mendapat A++ dalam peperiksaan kerana kebolehan otaknya untuk menyimpan maklumat dengan begitu baik.

Terdengar derapan kaki melangkah masuk ke bilik peperiksaan. Kelibat seorang budak perempuan yang berbadan agak besar serta sedikit rendah lalu dengan begitu laju di sebelah Farid Kamil. Farid Kamil tidak mengendahkannya dan terus menjawap peperiksaan dengan penuh fokus dan bergaya. Budak perempuan tadi kebetulan duduk di hadapan Farid Kamil kerana hanya di situ meja kosong yang tinggal untuk diduduki. Farid Kamil mengangkat wajahnya dan dilihat budak perempuan itu kelam kabut mengeluarkan perkakasan alat tulis dari beg sandang jenama S.A.G warna oren. Rakan budak perempuan itu mengusiknya dengan berkat, " Aina cepat la da lambat ni" usiknya sinis.

Farid Kamil memandang wajah gadis yang digelar Aina itu dan tiba tiba ada satu perasaan ingin tahu yang amat besar dirasakan di dalam dirinya. Di lihat sedalam dalam ke dalam anak mata gadis bernama Aina itu, hatinya mula berkata kata. "comel jugak budak ni" sambil terus memandang ke arah Aina tanpa berkelip walaupon sesaat. Abam dan Yusry hanya melihat sahaja kelakuan Farid itu dan merasakan yang Farid mungkin dan bertemu jodoh pilihan hatinya.

Farid Kamil sudah tidak keruan, dia tidak lagi bersemangat untuk menjawab peperiksaan kerana hatinya kini ditawan oleh gadis yang bernama Aina itu. Tiba-tiba dirasakan gadis itu terlalu comel dan istimewa kepada dirinya. Dengan kelam kabutnya itu menambat hati Farid untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi.

"Bagaimana aku nak buat ni" , dengus hati kecilnya. Sepanjang hidupnya 17 tahun Farid tidak pernah mengurat mana mana gadis kerana tidak yakin dengan rupanya yang tidak begitu handsome untuk dilihat. Tapi pada hari ini dirasakan dia perlu membuat sesuatu kerana merasakan yang gadis yang bernama Aina yang mempunya mata sedikit sepet itu akan menjadi peneman hidupnya sehingga ke tua. Anganan Farid semakin menjadi jadi dan beliau terus memikirkan cara yang paling sesuai untuk memikat hati si gadis yang kini duduk menjawab peperiksaan dengan tekun dengan gaya yang amat comel dan memikat hati Farid..

Apakah tindakan Farid Kamil seterusnya ?? akan bersambung ke part 2..heheehe..




1 ulasan: