Rabu, 3 Jun 2015

Hati perempuan: Penangan Mia Ahmad a.k.a Yuhanis dan tips menjadi seperti Yuhanis

Assalamualaikum pembaca sekalian

Well sejak akhir akhir ini sebuah stesen televisyen swasta, TV3 sering menayangkan drama drama melayu hebat yang mendapat tempat di hati rakyat  Bangladesh Malaysia dari pelbagai lapisan umur dari yang muda sampai la mak janda !! Ini menunjukkan drama-drama yang dikaryakan oleh anak seni tempatan semakin berkualiti setanding dengan drama luar negara macam drama korea yang jadi kegilaan terutamanya gadis2 remaja tak lupa juga remaja sekolah dan universiti. Ini satu yang amat membanggakan bagi industri seni tanah air yang dah lama tidak menampakkan taringnya sejak drama bersiri gerak khas berakhir..


Pada entry kali ini aku nak review sikit mengenai drama hati perempuan yang baru tamat siarannya baru2 ini. But bukan nak review kesuluruhan drama, just nak review watak heroin dalam cerita ini yang dilakon kan oleh pendatang baru dunia lakonan,iaitu  Mia Ahmad yg memegang watak sebagai Yuhanis.

Pada pendapat aku penyumbang besar untuk drama ini sehingga ditonton oleh ramai orang kat luar sana adalah dek kerana pelakon cantik manis ini ditambah dengan penampilannya yang bertudung menampakan lagi wajah manisnya yg sememangnya manis itu..

Drama2 TV3 sebelum ini kebanyakannya menampilkan heroin yg tak bertudung yang mungkin menyebabkan segelintir penonton televisyen tidak berminat untuk menonton drama2 tersebut. Dengan tersiarnya drama hati perempuan lakonan Mia Ahmad ini, siapa pun tidak akan melepaskan peluang menyaksikan gadis jelita ayu ini melakonkan wataknya dengan jayanya.

Lumrah dunia laki mana yg tak minat kepada gadis2 jelita seperti Mia Ahmad yg melakonkan watak Yuhanis. Sehingga terdengar gosip liar yg mengatakan seorang isteri telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya dek kerana asyik menyebut nama "Yuhanis" ketika sedang tidor. Haish begitu hebatnya kesan drama ini kepada lelaki2 di luar sana sampai terbawa ke dalam mimpi padahal isteri kedua ade kat sebelah jeh kot? haha

Mia Ahmad a.k.a wife in future

Siapa yg tak terpikat dengan penampilan mia ahmad dalam drama tu, kalau aku pun boleh cair. Ditambah lagi zaman sekarang ini ramai orang lebih meminati gadis2 yang menutup aurat dan pandai berfesyen seperti Mia Ahmad dan tidak hairanlah namanya melonjak naik serta merta apabila drama ini di tayangkan di kaca televisyen selama 28 episod. Pasti setiap jejaka tidak akan melepaskan peluang untuk menonton setiap episod hati perempuan and cair sorang2 depan tv sambil isteri sebelah buat muka masam pon dia dah tak amek tau..haha..

Pasti selepas ini ramai gadis di luar sana akan meniru penampilan pelakon ini bagi nampak lebih cantik dan manis. Ini adalah impak yg baik bagi mendorong remaja perempuan untuk menutup aurat dan bertukar kepada fesyen yg lebih muslimah and akan menampakkan lagi kemanisan diorang.

So untuk peratus yg melonjakkan rating drama tersebut adalah dari segi berikut :-

jalan cerita = 0.01%
kualiti audio & video = 0.01%
Mia Ahmad a.k.a  Yuhanis = 999999999999 %!!!!
(kajian dari jejaka terhangat di pasaran :-p )

but makcik2, akak2, yang di luar sana jangan berasa jeles kerana berikut adalah tips2 yang membolehkan diri anda menjadi seperti Yuhanis :-


  1. Jaga paras rupa
  2. Membeli pakaian, tudung, and aksesori seperti yg dipakai oleh Yuhanis.
  3. Tingkatkan tahap merajuk
Jaga paras rupa


Untuk membuat kan kulit muka anda jadi licin flawless macam yuhanis dinasihatkan agar mengambil kolagen untuk muka tampak lebih licin and lembap. Rasanya kat universiti aku ramai yg muka flawless level2 yuhanis. But macam selalu lau da muka flawless mcm tu mana nak pandang laki2 muka tak flawless ni alah ingat kita ingin ke yekk !! ( amalkan air wuduk lima kali sehari In Sha Allah flawless)

Membeli pakaian, tudung, and aksesori seperti yg dipakai oleh Yuhanis.

Ini adalah wajib bagi wanita yg begitu obes dengan penampilan dan gaya penampilan yuhanis. Antara barang yg wajib beli adalah tudung satin, tudung bawal biasa, and jaket. Tudung satin adalah kerana kebanyakan scene dalam hati perempuan beliau mengenakan tudung jenis satin antara nya yg bercorak batik. Selebihnya beliau memakai tudung bawal biasa sebab tu muka dia tampak manis bila dipandang.

sedang menjeling tuan blog


Awas jangan sesekali pakai tudung sarung kerna ia akan menampakkan muka anda lebih bulat and ko ingat ko cantik sangat pakai tudung makcik tu ??!! And lastly ialah jaket untuk dipadankan dengan baju yg korang pakai bagi menampakkan la korang ni pandai bergaya walaupon sebenarnye nak tutup lemak.

Tingkatkan tahap merajuk

Ini antara perkara yg penting jugak sebab dari pemerhatian aku and komen dari kawan aq mrs AJ yg mengatakan yuhanis adalah owg yg kuat merajuk dalam cerita ini. But kalau muka kau macam mak jemah tips yg ketiga ini boleh diabaikan kerana tiada siapa yg akan memujuk anda :-p

(p/s :So ape tunggu lagi, andalah calon yuhanis seterusnya :D )



Tiada ulasan:

Catat Ulasan