Khamis, 11 Jun 2015

Ciri ciri calon gadis melayu yang baik di buat makwe/ isteri.


Assalamualaikum

Ketika menulis post ini, aku sudah berada di dalam bilik hostel aku di UiTM Kedah. Semester ni adalah sem terakhir aku sebagai student diploma. Azam baru ? Nak belajar betol2 ? tak nak usha awek je? Well tak nak berharap sangat sebab takot tak jadi..haha.. So praktikkan ja apa yang di azamkan, lagi pon nk bulan puasa da. Mestila nak jadi insan yang lebih baik dari sebelum sebelum ni.
Sekarang ni baru lepas hujan kat sini. Biasalah lepas hujan camni, suasana agak mendung, ditemani dengan lagu Tasha Manshahar, Terima Kasih Cinta sebagai halwa telinga, dan dudok beralaskan set tilam baru yang baru ditukar oleh pejabat kolej, pehh memang terbaik bhaii !!

So berbalik kepada topic,ciri ciri calon  gadis melayu yang  baik di buat makwe/ isteri. Aku tulis entry ni adalah berdasarkan pengalaman aku hidup sebagai pelajar Universiti selama hamper dua tahun. Anugerah mata yang dianugerahkan menjadi medium untuk aku membuat pemerhatian dan menghantar apa yang dilihat kepada otak untuk dianalisi oleh akal. So ini bukan entry yang dibuat suka suka, tapi berdasarkan pengalaman seorang insan bergelar student.

Jadi berikut adalah ciri ciri calon isteri yang boleh dibuat makwe/ isteri :-

Taat perintah Allah

Ini adalah ciri yang paling penting, sebab kalau diorang tak taat perintah Allah, apatah lagi nak taat perintah suami kan. Jika diorang taat perintah Allah, macam mengerjakan solat lima waktu semua, its mean dorang takut dengan Allah, jadi dorang akan takut dengan larangan Allah. Jadi lepas kawin , keberangkalian diorang nak buat sesuatu yang korang tak suka tu tidak akan berlaku, sebab diorang tau Allah akan murka.

Tak pentingkan rupa dan duit

Benda ini korang boleh dapat tau time korang ngorat diorang. Walaupon time tu korang takde kereta, dan rupa pon tak berapa nak ada but dorang still terima korang, jadi jangan lepaskan perempuan camtu. Rata rata perempuan kat U ni diorang suka lelaki yang ada kereta sebab senang nak gi mane mane. Diorang ni digelar awek angkut dan diorang ni memang bullshit dan tak layak dijadikan isteri. Sebab kalau dorang jumpa yang lebih baik, korang akan ditinggalkan.

Selalu bersabar dengan perangai korang

Ni pon penting sebab dari sini kita dapat tau yang diorang ikhlas nak hidup dengan kita dan bersabar dengan setiap tanduk kita sebab diorang sayangkan kita. Selalu kalau yang tak ikhlas nak hidup dengan korang, bila korang buat satu kesalahan je. Mula la nak mintak putus bagai, sebab sebenarnya dorang bukan nak sangat korang pon, just nak buat peneman di kala bosan, so hati hati lah bila memilih pasangan hidup.

Jarang pegang handphone

Ini juga boleh tahan pentingnya sebab perempuan yang selalu pegang handphone ni, dalam rumah pon diorang boleh curang dengan korang sebab diorang ade akses ke dunia luar. Lagi pon korang tak akan bahagia dengan perempuan camni, sebab kalau korang date dengan diorang, perempuan jenis yang camni kebanyakannya tak banyak cakap dan asyik dengan handphone diorang je. So ape guna korang date dengan dia? Baik takde makwe. Ye tak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan